Showing posts with label IT. Show all posts
Showing posts with label IT. Show all posts

Wednesday, December 12, 2012

Muat turun Windows 8 Pro (64-bit) dan cara untuk aktifkannya

UPDATE on 10/11/13 : My profile on mediafire has been suspended, so all the download link are dead now, but you can download it via the blog OmgHackers.com ; such an interesting blog to read about new technologies and softwares

  Assalamualaikum dan salam sejahtera dekat korang semua, dah agak lama blog ni menyepi tanpa sebarang update dan post baru. Hal ni berikutan dengan keadaan sekarang yang agak sibuk dengan aktiviti yang tidak tentu hala membuatkan aku agak kekeringan idea serta mood untuk mengupdate blog ini. Namun bagi mengelakkan blog ini terkubur, aku akan update sedikit mengenai Windows 8 dan berkongsi file iso serta cara untuk mengaktifkannya secara percuma.

  Bagi korang yang selalu tengok tv, mungkin korang telah pun lihat iklan mengenai sistem operasi terbaru daripada microsoft, iaitu Windows 8. Alaaaa iklan yang ada gambar petak-petak, kemudian ada orang bawak tablet tu.. Ingat? kalau tidak ingat, tidak apa la... haha..

  Kelebihan Windows 8 berbanding windows 7 ialah, waktu boot dan shutdown yang lebih pantas, lebih kemas dan agak laju sedikit. Itu adalah kelebihan yang dapat dirasai, namun demikian kekurangan dia adalah  design pada windows 8 agak simple sedikit berbanding windows 7 dan kelihatan agak retro.. haha. Selain itu, perubahan yang jelas pada windows 8 ialah tiada lagi orb atau start button, kerana ianya telah pun di gantikan dengan Metro UI. 




System Requirements

Sebelum cuba untuk menaiktaraf sistem korang, korang kena lihat dahulu sama ada laptop atau pc korang berkeupayaan untuk dinaik taraf kepada Windows 8.

Windows 8 System Requirements
  • Processor: 1 gigahertz (GHz) atau lebih pantas dengan support untuk PAE, NX, dan SSE2 (lebih info di sini)
  • RAM: 1 gigabyte (GB) (32-bit) atau 2 gigabyte (GB) (64-bit)
  • Ruang Hard Disk: 16 GB (32 bit) atau 20 GB (64-bit)
  • Graphic Card: Microsoft DirectX 9 graphics device dengan WDDM driver
  • untuk rujukan mengenai fungsi-fungsi lain seperti touch dan multitouch boleh rujuk di sini 
untuk melihat sekiranya laptop atau pc korang berkeupayaan untuk di upgrade kepada windows 8, boleh try download utility "Upgrade Assistant" di tapak microsoft.




Muat turun


Selepas memastikan laptop atau pc korang berkeupayaan untuk dinaiktaraf kepada windows 8 pro 64-bit, korang boleh lah try untuk mendownload file iso di sini. Oleh sebab, perkhidmatan file hosting percuma pada laman web MediaFire cuma membenarkan maksimum 200mb bagi sebuah file, jadi aku telah trim dan potong-potong ke 18 bahagian supaya boleh di upload, korang boleh sambung kembali files ni kemudian, okay?
p/s: the link are dead now, please download it from the awesome blog known as OmgHackers.com
Windows 8 pro 64-bit
sila cantum kembali dengan hjsplit atau dengan software lain yang mempunyai fungsi yang sama




Cara-cara pemasangan


Selepas memuat turun file iso tersebut, korang boleh lah burn file tersebut ke dalam cd kosong, atau usb (yang berkapasiti sekurang-kurangnya 4 GB).Kemudian boot daripada cd atau usb tersebut.
Product Key (Instalation only, sila salin di kertas):
NG4HW-VH26C-733KW-K6F98-J8CK4
ps: ini adalah contoh yang aku pungut dari youtube, sekadar untuk jadi rujukan, tidak perlu ikut sepenuhnya pun, okay? and orang kat video tu bukan aku!
PENTING : pastikan korang tidak mengubah apa-apa setting ketika pemasangan dilakukan, ini adalah untuk memastikan kita dapat mengaktifkannya kemudian; atau dengan bahasa mudah, biarkan sahaja language, time and currency, dan keyboard dengan setting yang asal pada prompt yang pertama dipaparkan.
PENAFIAN: Laptop korang adalah tanggungjawab korang, oleh itu setiap kerosakan yang berlaku adalah dibawah tanggungjawab korang sendiri. Kehilangan data yang berlaku adalah dibawah tangungan korang sendiri. SILA BACKUP SEMUA DATA TERLEBIH DAHULU.



Cara pengaktifan


   Setelah berjaya memasang atau menaiktaraf sistem korang kepada windows 8, korang akan dapati bahawa, semua berfungsi dengan baik, namun bahagian customization adalah berkunci. Fungsi tersebut hanya akan dapat diaktifkan selepas membeli nombor siri daripada microsoft (yang mana sangat mahal untuk sekeping dvd).

   Bagi mendapatkan fungsi tersebut secara percuma maka korang boleh la download utility ini. Utility ini akan membuatkan windows korang aktif tanpa memerlukan kms server atau penggunaan skype, malah tanpa perlu di sambungkan dengan internet.
 Korang cuma perlu extract file tersebut menggunakan utility seperti winrar atau winzip, kemudian buka folder tersebut, klik utility yang terdapat di dalamnya dan run as administrator . Selepas seketika, laptop atau pc korang akan di restart secara automatik, dan akhirnya selepas reboot, laptop korang sudah pun aktif. Enjoy!
Laptop ku yang tengah running windows 8 :)

Akhirnya bahagian personalize boleh di ubah-ubah :)

Windows is activated!

Thursday, August 9, 2012

Cara membuat LiveUSB berasaskan OS Linux


   Pertama-tama, agak lama jugak aku tidak menulis dalam blog ni, macam dah agak usang rasanya dengan isi yang tidak berupdate.. jadi untuk mengelakkan habuk menjadi tebal sehingga susah mo dibersihkan, jadi rasanya mungkin aku patut menulis sedikit. Kali nie aku akan berkongsi tutorial mudah mengenai cara-cara membuat LiveUSB berasaskan Sistem Operasi Linux.


   Apa itu LiveUSB? Secara ringkasnya, LiveUSB ialah thumbdrive yang mengandungi Sistem Operasi ( OS ) dalamnya, dan boleh digunakan secara terus (live) tanpa perlu memasang ke dalam laptop ataupun komputer persendirian korang. Namun begitu, pilihan untuk memasang ke dalam laptop atau komputer korang tetap diberikan sekiranya korang rasa selesa untuk memakai OS tersebut. LiveUSB merupakan alternatif yang sesuai bagi mereka yang malas untuk burn dan membeli CD kosong.

  Sebelum kita bermula, ada beberapa benda yang kita perlu sediakan. Korang boleh menelitinya di bawah.

Keperluan
  1. LinuxLive USB Creator [ halaman utama / muatturun ]
  2. thumbdrive/pendrive (sebaik-baiknya dalam 1GB ke atas)
  3. Sistem Operasi berasaskan Linux (file jenis .iso)
    {sila pilih salah satu}

Selepas menyediakan ketiga-tiga benda tersebut, kita bolehlah bermula.

Cara-cara
  1. Install LinuxLive USB Creator yang telah di download tadi.
  2.  
  3. Pasang thumbdrive/pendrive korang tu.
    PERINGATAN: pindahkan kesemua data ke dalam laptop/pc korang terlebih dahulu dan format thumbdrive tersebut kepada format FAT32.
  4. Mulakan LinuxLive USB Creator yang telah pun kita install sebentar tadi. Korang akan dapat lihat macam pic di bawah.
    Setiap section dibahagikan kepada beberapa step. p/s: background tu wa cilok dari komik lawak kampus :P
  5. Pada Step 1 dalam software tersebut, sila pilih thumbdrive/pendrive yang telah pun kita format sebentar tadi. Lampu isyarat hijau akan bertanda, menandakan thumbdrive/pendrive kita good to go untuk proses seterusnya.
  6.  
  7. Pada Step 2 dalam software tersebut, terdapat 3 pilihan, oleh sebab kita telah pun memiliki file jenis .iso (yang telah pun kita download tadi), maka kita akan memilih option " ISO / IMG / ZIP"
  8.  
  9. Pada Step 3 dalam software tersebut, tunggu sehingga ianya selesai memeriksa file iso tadi.
  10.  
  11. Pada Step 4: Option, sila tanda option "Format the key in FAT32(this will erased your data !!)" sahaja.
  12.  
  13. Pada Step 5: Create, sila click simbol kilat tersebut, dan tunggu sehingga ianya selesai mengekstrak semua data yang di perlukan ke dalam usb thumbdrive kita tadi.
  14.   
    Selepas selesai semua proses tadi kita bolehlah bergembira dengan LiveUSB yang telah kita create tadi.. (woohoo..?)

    Cara-cara guna LiveUSB
    1. restart laptop/pc korang dan pastikan LiveUSB tadi masih dalam keadaan terpasang.
    2. ubah turutan boot pada bios korang, pastikan usb tu pada turutan pertama.
    3. tunggu sehingga laptop/pc korang boot kepada LiveUSB tersebut....
    4. ..tunggu
    5. ..tunggu lagi..sebab keluar tu perkataan-perkataan (mungkin..) bergantung pada linux yang korang pasang, ada yang agak laju, ada yang agak lambat..
    6. selalunya akan keluar beberapa pilihan seperti try, install, dan beberapa pilihan lain , pilih try dahulu.. korang boleh bermain-main dahulu dengan OS tersebut sebelum mungkin memasangnya ke dalam laptop/pc.
      Sekiranya korang cuma try sahaja, sesi tersebut tidak akan di save, jadi sekiranya korang customize setting, ianya akan hilang pada sesi boot seterusnya.
    Sekian, kalau ada sebarang pertanyaan boleh la tanya dibahagian komen ataupun pada halaman rasmi blog nie di facebook :D

Friday, April 13, 2012

Cerita Aku, Operating System dan Linux Ubuntu

       Assalamualaikum dan pa kabar suma orang?.. huhu.. sekali lagi aku meninggalkan dunia blogging dalam masa yang agak lama.. huhu.. post kali ni mungkin sekadar untuk membersihkan sesawang dalam blog dan sekaligus berkongsi pengalaman and pengetahuan aku yang sedikit mengenai komputer.



      Entri kali ni aku mo kongsi pasal 'operating system' yang baru aku cuba kat laptop ni, Linux Ubuntu, emm.. mungkin dah ramai yang tau mengenai benda-benda macam ni kan? tapi, aku mo kongsi lagi la pasal benda ni. Jadi di sini, aku mo mulakan entri aku dengan satu soalan, "Apa itu Operating System..?"

      Tahukah anda, apa itu Operating System? Lebih mudah disebut sebagai OS, ia membawa maksud Sistem Pengoperasian. Windows XP adalah sejenis OS, begitu juga dengan Windows Vista dan Windows 7, kesemuanya datang dari keluarga Windows NT. Selain daripada Microsoft Windows yang anda kenali, terdapat juga OS lain seperti Unix yang selalu dijalankan di server; Mac OS X yang dijalankan pada komputer Apple; serta Linux seperti Ubuntu, Fedora, dan Knoppix.

      Dalam sebuah komputer, OS berfungsi sebagai perantara di antara software dan hardware. Ia juga bertanggungjawab dalam mengagihkan sumber komputer – seperti memori dan CPU – kepada setiap aplikasi yang dijalankan.

      Katakanlah anda sedang menaip surat menggunakan Microsoft Word. Apabila anda ingin mencetak dokumen tersebut, OS akan bertanggungjawab untuk menyampaikan arahan dari Microsoft Word (software) kepada printer (hardware). Interaksi lazim antara software dan hardware ini diuruskan oleh OS supaya aplikasi tersebut tidak perlu menguruskannya sendiri, sekaligus memudahkan programmer membuat aplikasi.

sumber: http://sembangkomputer.com/istilah-os-operating-system/


Harap penerangan tu cukup jelas untuk korang yang mungkin baru mo berjinak-jinak dengan dunia komputer ni.



       Kebanyakan orang menggunakan Windows 7 sebagai OS mereka, mungkin ada juga yang masih menggunakan Window XP, tetapi entah kenapa kebelakangan ni aku tiba-tiba tertarik dengan OS linux. Seharian googling mengenai linux, (mungkin itu la jugak sebabnya aku tertarik-sebab banyak sangat da perkataan linux tu terperap dalam otak) apa yang aku dapat fahami ialah, seperti windows, linux jugak mempunyai beberapa versi, tetapi dalam konteks linux, ianya di panggil sebagai linux distro, kependekan dari linux distribution.  Antara linux distro yang terkenal ialah Ubuntu, Fedora, dan Mint, ada banyak lagi sebenarnya, so korang boleh cuba google linux distro yang lain.

Interface Windows 7


      So, untuk permulaan aku sudah try Ubuntu 11.10, and pada pendapat aku, memang cool la.. hoho.. nice gila.. Seperti mana-mana linux distro yang lain, OS ini ialah percuma, korang boleh download di site dorang, http://www.ubuntu.com/ . Perbezaannya? Banyak, memang banyak, dari segi interface, bootscreen seluruh sistem la memang berbeza dengan Windows. Namun, oleh sebab perbezaan ini, beberapa jenis file dari windows tidak dapat di buka oleh ubuntu, tapi untuk mengatasi masalah ini, ada beberapa 'hack' yang boleh di buat. Ya, linux ialah OS untuk 'hacker'..



     Pada mulanya, aku rasa berat hati mo install os ni dekat laptop aku, sebab banyak software yang aku suka di install dekat windows ni ( and aku malas mo cari hack untuk install di ubuntu) contohnya photoshop, after effect dan sebagainya. Tapi, oleh sebab hati ni sudah tidak tahan, and mahu sangat perubahan sebab dah boring, so aku pun download OS tu dalam masa satu malam.

    Selesai jak download tu, aku pun cuba try testing dalam laptop aku, first buat partition baru sebanyak 20GB, sebab aku mo wat laptop aku dual-boot, maksudnya ada dua OS (tapi di guna secara bergilir, pilihan akan di bagi pada mula2 kasi hidup laptop tu, samada mau guna windows atau ubuntu). Jadi setelah siap setting segala, aku pun siap installing OS kedua aku ni.

    Linux Ubuntu menggunakan Unity sebagai interface dia, yang mana aku rasa sebagai suatu pengalaman yang berbeza berbanding Windows 7. Bagi aku, designnya, memang cantik and lebih interaktif. Di bawah ni aku bagi screenshot Unity. (Pic ni bukan dari laptop aku, tidak sempat mo printscreen tadi atas beberapa sebab.)


     Gambar dia atas ni menunjukkan unity mempunyai 4 'workspace', alaaa macam yang dekat henpon touchscreen korang tu, yang boleh di scroll tukar page lain tu, cuma bezanya di sini unity tidak guna tu scroll-scroll, tapi korang klik button workspace - trus suma window mengecik, so korang boleh pilih-pilih.. hoho.

     Tapi, walaupun Unity designnya cantik and cool, tapi ada satu lagi interface ubuntu yang boleh tahan ( tapi ubuntu tidak pre-install skali, kena install sendiri) yang di panggil Gnome Shell. Interface Gnome Shell ni digunakan pada versi ubuntu sebelum-sebelum ni, tapi untuk versi ubuntu yang entah keberapa, interface ni tidak lagi di guna, dan mula ditukarkan kepada interface unity (cuba google pasal ni, aku malas.. haha). Dekat bawah ni, aku letak interface Gnome, yang ni di snap dari desktop aku sendiri. hoho..  yang mana Gnome adalah jauh berbeza dengan Unity.


time ni aku tengah download Skype dengan menggunakan aplikasi Terminal, rasa macam hacker x? lol

berbeza dengan unity, interface gnome meletakkan workspace di bahagian sebelah barisan kanan

ini adalah beberapa aplikasi yang aku install dan pre-install dalam ubuntu, yep macam hp android pun ada owh.. aha

    Kesimpulannya, semakin lama aku ubahsuai desktop ubuntu ni, semakin aku suka pulak.. huhu, tapi oleh sebab aku da setkan ubuntu sebagai secondary OS and size partitionnya pun aku suda limitkan sehingga 20GB  jak, jadi, dengan ruang yang terhad begitu, kemungkinan besar banyak modifikasi aku tidak akan dapat buat, tapi ndak pa laa.. huhu, InsyaAllah, kalau ada duit nanti aku mo beli PC, size hard disk lebih so, lebih banyak yang aku boleh modify .. hoho..

Oleh sebab aku jarang mo update entri, mungkin visitor dekat blog ni semakin berkurang, tapi untuk terus mendapat info sekiranya aku update blog aku, korang boleh like page blog ni di facebook, https://www.facebook.com/hazzdeathblogspotcom

Wednesday, February 29, 2012

Tuto : Apa itu hyperlink [ Mode WYSIWYG vs Mode HTML ]


      Assalamualaikum, haha da lama x update blog, yep mungkin sebab mood xda, bz lagi, penat lagi, macam2 lagi r.. hoho.. tiba2 terasa nak update plak.. hehe Emm.. kali nie, aku nak share satu tuto yang sangat2 'lame', tapi sangat2 berguna untuk pengguna2 blogger yang baru hendak berjinak2 dengan dunia blogging.. Mana tau satu hari nanti ada orang google2 n taip macam yang ada kat tajuk entry nie kan?.. hoho

    Okeh2 enaf dengan benda2 merepek kita straight dengan tuto, sebelum nie, aku ada tulis mengenai mode html dan wysiwyg korang boleh klik dekat sini untuk baca kali ni aku nak share pulak pasal hyperlink, bagaimana dia muncul pada mode html dan wysiwyg.


Hyperlink

Apa itu hyperlink?
A hyperlink is a graphic or a piece of text in an Internet document that can connect readers to another webpage, or another portion of a document. Web users will usually find at least one hyperlink on every webpage. The most simple form of these is called embedded text or an embedded link.
paham? paham la kan?.. haha untuk tahu lebih lanjut boleh baca di sini


Hyperlink pada mode WYSIWYG (Compose mode)

Untuk guna hyperlink nie senang jak, tanda teks yang korang nak jadikan hyperlink dan klik button "link" pada bahagian editor entri korang dan letak la url link yang korang nak orang klik tue akan tuju.


lepas korang klik button tu, akan keluar window kecik macam bawah ni, letak url dekat situ..



Hyperlink pada mode HTML

Untuk guna hyperlink dalam html mode, lebih kurang sama jak macam dekat atas ni, tapi selepas korang selesai dengan proses di atas, kod tersebut akan muncul.. contohnya

<a href="http://hazzdeath.blogspot.com">Blog Hazz</a>


lihat, dia akan terbahagi kepada 3 bahagian (letakkan mouse korang ke atas bahagian tu untuk penjelasan ringkas)

<a href="http://hazzdeath.blogspot.com">

Blog Hazz

</a>
Sedikit tambahan, korang boleh menambah beberapa attribute dalam kod tersebut contohnya, (korang letak mouse di atas perkataan tu untuk penjelasan lebih lanjut)

  • target="_blank" 
  • title="letak penerangan"

cara menggunakannya ialah dengan meletakkan attribute tersebut pada opening tag
<a href="http://hazzdeath.blogspot.com" target="_blank">
sebenarnya banyak lagi yang korang boleh buat dengan hyperlink ni, tapi macam xda mood pulak mo taip memanjang ni.. :P nanti la len kali baru aku tambah lagi.. hoho -_-"

My job here is done

Wednesday, February 22, 2012

Random Post : Aztech + Broadband = Wifi ?

   Assalamulaikum dan pa khabar semua orang? sihat jugak? harap2 kamu suma okey la.. hoho.. emm.. da lama x update blog ni, aku pun xtau da berapa lama hehe.. hampir da teda idea pulak mo tulis apa, so mungkin post kali ni agak random la okeh?.. emm owh ya, buat masa ni, aku akan cba gunakan "dynamic template" dari blogger dengan sedikit redesign pada background nya, (sebab tu la sidebar da takda.. ) dan semua widget akan aku letakkan balik sedikit demi sedikit dalam layout ni, bermula dengan widget "chatbox" .

hobi time masa lapang, lukis-lukis lepas tu wrna di photoshop


    Template kali ni, mungkin sekadar experimental jak, tapi kalau andaikata aku da mula sukakan layout baru ni, mungkin aku x kan tukar.. tapi tengok la dulu.. hehe.. (sebab template ni masih ada beberapa disadvantage lagi, harap-harap pihak blogger akan perbaikinya..), ada sepa2 yang gunakan template macam ni tak selain aku? hewhew..





     Untuk post kali ni, aku mo perkenalkan satu gadget yg boleh di kira sebagai penting untuk aku, seorang rookie dalam bidang photoshop. Seperti yang kita tahu belajar sesuatu yang baru tue bukannya sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi bila kemahiran tu di pelajari sendiri tanpa sebarang didikan formal seperti di sekolah, oleh itu rujukan yang meluas sangat perlu, dan salah satu tempatnya? mestilah ruang internet.. ruang yang penuh dengan sumber...

    Internet boleh di akses dengan mudah, semudah memasangkan modem broadband ke laptop atau komputer, namun, bagaimana sekiranya broadband tersebut adalah hak milik perkongsian? Seperti sekarang ni, broadband yang aku gunakan ialah kepunyaan kakak aku, so tidak dapat la online bila dia mo gunakan broadband dia tu balik.. tapi, semuanya tu boleh di atasi dengan satu gadget murah, (murah kot? dalam RM100+ lebih jak hehe) yang err.. aku pun xtau mo panggil apa, aku namakan dia sebagai aztech, sejenis alat yang akan menukarkan mobile broadband korang kepada line wifi..

pandangan dari atas depan


Perkenalkan dekat korang, Aztech Wireless-N , gadget yang membolehkan korang guna broadband sebagai wifi.. so, dengan ini, korang boleh berkongsi line broadband, and bukan tu jak, selain daripada tu, hp korang yang boleh guna wifi pun dapat guna benda ni.. :)

pandangan hadapan


pandangan dari belakang, already letak broadband

  So, dengan adanya benda ni simple la, x pyah nak rebut2 lagi.. hehe.. what?.. hadoyai, nampaknya x boleh jugak aku guna selalu guna benda ni, sebab terpaksa letak di kedai, kenapa? sebab, kakak aku bawak broadband dia pi kedai and online di sana.. huhu.. x pa la, its okeh..ak online dekat kedai jak la.. huhu.. emm.. tue jak la aku mo cerita, len kali bila ada mood aku akan update lagi..
p/s: aku punya laptop x bleh nak share internet guna ad-hoc, and i hate it, so penyelesaiannya? guna menatang ni la.. hoho

Wednesday, February 1, 2012

Cerita aku, iPhone dan Jailbreak


       Assalamulaikum dan apa khabar suma orang? harap-harap korang suma baik-baik jak, bagi yang dalam keadaan bermasalah  or tengah sedih-sedih, berusaha untuk setelkan and jangan lupa, berdoa.. InsyaAllah, sumanya akan baik-baik jugak tu nanti..

      Nampaknya, baru-baru nie aku sibuk belajar sendiri serba-serbi mengenai iPhone.... Emm.. kenapa? Sebab ada sorang kawan minta jailbreak iPhone 3g dia.. Actualy, secara jujur, aku langsung xtau mengenai iPhone... mengenai jenis2 iphone contohnya apa beza iPhone 4, iPhone 3gs ngan iPhone 3g , kecuali operating system dia, yang tu aku tau, operating sitem dia di kenali sebagai iOS. Errrr..macam da makin rumit lak cerita aku... Apa pun, ni merupakan salah satu pengalaman berharga untuk aku..


      Jailbreak, apa benda tu jailbreak? Meh ak terangkan dulu pa tu jailbreak...
Jailbreak ialah perbuatan “hack” iPhone untuk mengeksploitasikan 100% keupayaan iPhone tanpa ada limitasi tak masuk akal dalam Apple iOS. Apa-apa perkara yang tidak boleh dilakukan secara default pada iPhone hampir semua boleh dilakukan selepas anda jailbreak.
Kalau korang mula-mula beli iPhone, device tu akan ada limit, contoh aplikasi yang korang boleh letak, and semuanya korang kena ambik dari iStore (sejenis aplikasi di iPhone tu, tempat untuk mendownload) tapi, kebanyakannya berbayar..

Selain tu, iPhone ialah sejenis peranti yang memerlukan default sim card,  atau lebih jelas lagi, time korang beli iPhone tu korang kena register sim card sekali kan?.. then, apabila korang mo tukar sim card, iPhone korang akan reject sim card tu.. mesti guna sim card yang korang register jugak.. Tapi Jailbreak boleh mengatasi masalah ni..



           Namun, nampaknya jailbreak ni bukannya benda yang senang, perlu cari software yang sesuai, ffffuu leceh gila.. Lagipun, time selepas aku jailbreak (aku habiskan satu malam untuk cari benda2 yang patut tau!) , ntah napa macam tiba2 datang kegilaan (dan aku time tu xtau pa2) aku try restore balik guna iTune (Sejenis Software yang di install dekat laptop, untuk synchronize file,lagu image etc, dan boleh jugak di gunakan untuk restore firmware).. and u know what?.. pufff.. iphone dah jadi iBrick (istilah yang di guna untuk memanggil iphone yang da xboleh di guna).. wargggh.. punya la takut..

           Tapi, aku cuba bertenang, usaha lagi balik... and untuk satu hari lagi aku figure untuk bagi baik balik, then akhirnya! da pulih.. Alhamdulillah.. tapi masalah belum habis di situ, nampaknya sim card da xboleh nak guna lagi dekat iphone tu.. T_T selepas tenangkan diri and fikir next step, sambil cari solusi di internet, akhirnya semuanya siap jugak, i'm glad!.. pic bawah ni gambar iPhone yang aku da jailbreak (belum banyak lagi aplikasi install, tapi yang penting da jailbreak and da boleh guna  sim card.. hoho )

 Di snap guna aku punya Samsung Corby 2 



Kalau korang tau serba serbi mengenai iPhone cuba tengok  firmware dia.

         Kesimpulannya, mau jailbreak memang senang sekiranya korang ada software yang betul, keberanian yang tinggi ( sebab ada risiko membuatkan iPhone korang xboleh nak di guna lagi! ) and yang paling penting, jangan putus asa!


p/s: aku bukanlah peminat iPhone, aku lebih berminat dengan Android.


p/s/s: semua fakta dalam entri ni aku celup dari blog-blog lain, and aku bukanlah expert dalam iPhone, so, kalau ada yang kurang, or x betul, bagitau aku k?

Friday, January 27, 2012

Meh belajar buat blog menggunakan blogger


       Hoho.. APA KHABAR SUMA ORANG? (ehh ter CAPS LOCK lak.. sory2), err.. harap-harap korang sihat and enjoy dengan cuti korang k?... hewhew.. hoho.. buat masa ni, aku mo belajar lebih dalam lagi mengenai html, css, javascript dengan jquery ( mungkin sesetengah orang xpaham pa benda ni, emm.. mungkin lain kali la aku terangkan ok? ), err.. ada sapa2 yang sudi ajar aku for free?.. hoho..


       Berbalik kepada tajuk entri, jom belajar buat blog menggunakan blogger, entri kali ni adalah untuk orang-orang yang ingin buat blogger jak, jadi sepa2 yang da pro tu mungkin akan berasa bosan la baca ni.. ( and if u think so, i'm sorry for writing this lame post). So, korang yang pro tu mungkin boleh la beri tunjuk ajar sket pa2 yang korang tau k?.


       Untuk tuto ni, aku akan tunjukkan dalam bentuk video, so korang boleh pilih sama ada mo tengok dari sini, atau tengok dekat youtube ok? Korang boleh klik sini untuk lihat di youtube.


p/s: dalam video ni, contoh di tunjukkan menggunakan interface blogger yang lama, tapi konsepnya sama jugak, dun worry.. 

p/s/s: mungkin next time aku akan touch up bahagian design blog pulak..

 p/s/s/s: err.. kalau ada yang xpaham, tanya jak, ok?

Monday, January 23, 2012

Tukar Windows 7 kepada iOS5.


            Hari ni mood aku rasa hepi, sebab aku dapat baiki semula ke-'genuine'-nan windows 7 Ultimate aku kepada asal. Selama berbulan-bulan aku cari kat google, tapi semuanya berakhir dengan benda yang hampa, kenapa? sebab kebanyakan semuanya software yang bagi baik tu malware beb! and x kurang jugak dengan software yang langsung x bleh nak pakai, tapi syukur la jumpa gak yang site yang ada jawapan kepada masalah aku tu. hoho.

         
     
           Berbalik kepada tajuk entri aku nih, semalam aku jumpa post yang best, dari seorang blogger, tukar Windows 7 kepada iOS5. Apa itu iOS5? korang tengok iPhone or iPad, okeh, sistem yang dia guna adalah sistem iOS dan versi yang paling baru ialah iOS5 (ala macam windows jugak, ada windows xp, windows vista dan windows 7). Dekat bawah ni aku tunjukkan keadaan aku punya Windows 7 yang telah pun di ubah kepada iOS5 (mungkin nmpak kecil kan? cuba klik button fullscreen tu la supaya jelas okeh? Kalau x pun, korang boleh tengok kat Youtube, klik kat sini ).




          Kalau korang rasa macam best, korang boleh pi baca entri tu dekat sini.
             
tutorial : tukar windows 7 anda kepada sistem operasi apple, iOS5 | Why So Liangzhai