Wednesday, February 29, 2012

Tuto : Apa itu hyperlink [ Mode WYSIWYG vs Mode HTML ]


      Assalamualaikum, haha da lama x update blog, yep mungkin sebab mood xda, bz lagi, penat lagi, macam2 lagi r.. hoho.. tiba2 terasa nak update plak.. hehe Emm.. kali nie, aku nak share satu tuto yang sangat2 'lame', tapi sangat2 berguna untuk pengguna2 blogger yang baru hendak berjinak2 dengan dunia blogging.. Mana tau satu hari nanti ada orang google2 n taip macam yang ada kat tajuk entry nie kan?.. hoho

    Okeh2 enaf dengan benda2 merepek kita straight dengan tuto, sebelum nie, aku ada tulis mengenai mode html dan wysiwyg korang boleh klik dekat sini untuk baca kali ni aku nak share pulak pasal hyperlink, bagaimana dia muncul pada mode html dan wysiwyg.


Hyperlink

Apa itu hyperlink?
A hyperlink is a graphic or a piece of text in an Internet document that can connect readers to another webpage, or another portion of a document. Web users will usually find at least one hyperlink on every webpage. The most simple form of these is called embedded text or an embedded link.
paham? paham la kan?.. haha untuk tahu lebih lanjut boleh baca di sini


Hyperlink pada mode WYSIWYG (Compose mode)

Untuk guna hyperlink nie senang jak, tanda teks yang korang nak jadikan hyperlink dan klik button "link" pada bahagian editor entri korang dan letak la url link yang korang nak orang klik tue akan tuju.


lepas korang klik button tu, akan keluar window kecik macam bawah ni, letak url dekat situ..



Hyperlink pada mode HTML

Untuk guna hyperlink dalam html mode, lebih kurang sama jak macam dekat atas ni, tapi selepas korang selesai dengan proses di atas, kod tersebut akan muncul.. contohnya

<a href="http://hazzdeath.blogspot.com">Blog Hazz</a>


lihat, dia akan terbahagi kepada 3 bahagian (letakkan mouse korang ke atas bahagian tu untuk penjelasan ringkas)

<a href="http://hazzdeath.blogspot.com">

Blog Hazz

</a>
Sedikit tambahan, korang boleh menambah beberapa attribute dalam kod tersebut contohnya, (korang letak mouse di atas perkataan tu untuk penjelasan lebih lanjut)

  • target="_blank" 
  • title="letak penerangan"

cara menggunakannya ialah dengan meletakkan attribute tersebut pada opening tag
<a href="http://hazzdeath.blogspot.com" target="_blank">
sebenarnya banyak lagi yang korang boleh buat dengan hyperlink ni, tapi macam xda mood pulak mo taip memanjang ni.. :P nanti la len kali baru aku tambah lagi.. hoho -_-"

My job here is done

Wednesday, February 22, 2012

Random Post : Aztech + Broadband = Wifi ?

   Assalamulaikum dan pa khabar semua orang? sihat jugak? harap2 kamu suma okey la.. hoho.. emm.. da lama x update blog ni, aku pun xtau da berapa lama hehe.. hampir da teda idea pulak mo tulis apa, so mungkin post kali ni agak random la okeh?.. emm owh ya, buat masa ni, aku akan cba gunakan "dynamic template" dari blogger dengan sedikit redesign pada background nya, (sebab tu la sidebar da takda.. ) dan semua widget akan aku letakkan balik sedikit demi sedikit dalam layout ni, bermula dengan widget "chatbox" .

hobi time masa lapang, lukis-lukis lepas tu wrna di photoshop


    Template kali ni, mungkin sekadar experimental jak, tapi kalau andaikata aku da mula sukakan layout baru ni, mungkin aku x kan tukar.. tapi tengok la dulu.. hehe.. (sebab template ni masih ada beberapa disadvantage lagi, harap-harap pihak blogger akan perbaikinya..), ada sepa2 yang gunakan template macam ni tak selain aku? hewhew..





     Untuk post kali ni, aku mo perkenalkan satu gadget yg boleh di kira sebagai penting untuk aku, seorang rookie dalam bidang photoshop. Seperti yang kita tahu belajar sesuatu yang baru tue bukannya sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi bila kemahiran tu di pelajari sendiri tanpa sebarang didikan formal seperti di sekolah, oleh itu rujukan yang meluas sangat perlu, dan salah satu tempatnya? mestilah ruang internet.. ruang yang penuh dengan sumber...

    Internet boleh di akses dengan mudah, semudah memasangkan modem broadband ke laptop atau komputer, namun, bagaimana sekiranya broadband tersebut adalah hak milik perkongsian? Seperti sekarang ni, broadband yang aku gunakan ialah kepunyaan kakak aku, so tidak dapat la online bila dia mo gunakan broadband dia tu balik.. tapi, semuanya tu boleh di atasi dengan satu gadget murah, (murah kot? dalam RM100+ lebih jak hehe) yang err.. aku pun xtau mo panggil apa, aku namakan dia sebagai aztech, sejenis alat yang akan menukarkan mobile broadband korang kepada line wifi..

pandangan dari atas depan


Perkenalkan dekat korang, Aztech Wireless-N , gadget yang membolehkan korang guna broadband sebagai wifi.. so, dengan ini, korang boleh berkongsi line broadband, and bukan tu jak, selain daripada tu, hp korang yang boleh guna wifi pun dapat guna benda ni.. :)

pandangan hadapan


pandangan dari belakang, already letak broadband

  So, dengan adanya benda ni simple la, x pyah nak rebut2 lagi.. hehe.. what?.. hadoyai, nampaknya x boleh jugak aku guna selalu guna benda ni, sebab terpaksa letak di kedai, kenapa? sebab, kakak aku bawak broadband dia pi kedai and online di sana.. huhu.. x pa la, its okeh..ak online dekat kedai jak la.. huhu.. emm.. tue jak la aku mo cerita, len kali bila ada mood aku akan update lagi..
p/s: aku punya laptop x bleh nak share internet guna ad-hoc, and i hate it, so penyelesaiannya? guna menatang ni la.. hoho

Monday, February 13, 2012

SIFAT WANITA MELALUI UNSUR


         Assalamualaikum dan pa kabar suma orang? Harap korang suma sihat jak k? Hoho.. Sory la, sejak akhir-akhir nie nampaknya  x dapat online macam sebelum ni, huhu.. sebab di rumah dah x da line internet, ni online pun dekat luar sudah.. Tapi, xpa la, tu suma xkan buatkan aku berputus asa sebagai seorang blogger, hehe.. by the way, sekarang ni, aku tengah sibuk ulangkaji + belajar benda-benda seperti kod template blog, Adobe Photoshop dan lain-lain lagi. So, bila aku da pro nanti, aku akan focus dengan design kan  template blog (kalau korang sudi, korang boleh bagi donation.. hoho), doakan jak la aku cepat-cepat pro ok?  Hewhew..



    Err.. baru-baru ni, aku selak majalah-majalah lama dekat atas meja aku tu, then terjumpa majalah e-ring, terjumpa la satu artikel ni, so aku rasa daripada aku tulis entri kosong jak, bagus aku kongsi hasil pembacaan aku tue, ya x? hehe..

                                                                             



SIFAT WANITA MELALUI UNSUR?
     Mungkin ada beberapa di antara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang di pengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti  tanah, api, air, dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu dahulu kala yang ingin memilih pasangan. Penentu seseorang ditentukan oleh zodiac, jadi entri kali ini  akan mendedahkan sedikit maklumat  ini untuk anda!



Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiac Taurus(21 April – 20 Mei) , Virgo (24 Ogos - 23 September), dan Capricorn ( 22 Disember  - 20 Januari )

Mereka ini lahir di bawah lambang  Gemini ( 22 Mei – 21 Jun), Libra ( 24 September – 23 Oktober ), dan Aquarius (21 Januari – 19 Januari)

Wanita api dilahirkan di bawah lambing Aries ( 21 Mac – 20 April ), Leo ( 24 Julai – 23 Ogos ) dan Sagittarius (23 November – 21 Disember).

Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiac Cancer (22 Jun – 23 Julai), Scorpio (24 Oktober – 22 November ) dan Pisces ( 20 Februari – 20 Mac ).




Wanita Berunsur Tanah

Tanah yang subur mampu membuatkan tanaman yang hijau dan mekar. Wanita bersifat tanah biasanya memiliki sifat-sifat seperti:
  • Seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
  • Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
  • Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan!
  • Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semula jadi yang pendiam dan tenang.
  • Sifat marah yang terkawal serta sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
  • Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah kekasih yang setia dan berwibawa.





Wanita Berunsur Api

Api pula sifatnya panas dan membakar tetapi mampu menerangi dalam kegelapan malam . Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita berunsur api pula:
  • Dilahirkan sebagai pemimpin.
  • Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun kadangkala bernas.
  • Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantic dan tidak pemalu
  • Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya
  • Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi berasa sedih kadang-kadang terluka.
  • Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.
  • Wanita api seharusnya diberikan ruang yang cukup luas untuk memjadikan perhubungan itu terus berkesan.
  • Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan





berunsur Angin

Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsur angin bersifat:
  • Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan
  • Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh di capai.
  • Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling berkerjasama serta bersungguh-sungguh.
  • Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik
  • Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi
  • Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka
  • Dikenali dan diingati kerana sifatnya yang romantic dan manja





Wanita berunsur Air

Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri berikut:
  • Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju
  • Mereka ini di pandu oleh perasaan dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginative, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan sentiasa berhati-hati
  • Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
  • Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri
  • Sentiasa bertanggungjawab dan berusaha dalam melaksanakan tugasan yang diberi


Credit to E-Ring edisi #74 Jun 2011, dalam ruangan Psiko m/s i15

Wednesday, February 1, 2012

Cerita aku, iPhone dan Jailbreak


       Assalamulaikum dan apa khabar suma orang? harap-harap korang suma baik-baik jak, bagi yang dalam keadaan bermasalah  or tengah sedih-sedih, berusaha untuk setelkan and jangan lupa, berdoa.. InsyaAllah, sumanya akan baik-baik jugak tu nanti..

      Nampaknya, baru-baru nie aku sibuk belajar sendiri serba-serbi mengenai iPhone.... Emm.. kenapa? Sebab ada sorang kawan minta jailbreak iPhone 3g dia.. Actualy, secara jujur, aku langsung xtau mengenai iPhone... mengenai jenis2 iphone contohnya apa beza iPhone 4, iPhone 3gs ngan iPhone 3g , kecuali operating system dia, yang tu aku tau, operating sitem dia di kenali sebagai iOS. Errrr..macam da makin rumit lak cerita aku... Apa pun, ni merupakan salah satu pengalaman berharga untuk aku..


      Jailbreak, apa benda tu jailbreak? Meh ak terangkan dulu pa tu jailbreak...
Jailbreak ialah perbuatan “hack” iPhone untuk mengeksploitasikan 100% keupayaan iPhone tanpa ada limitasi tak masuk akal dalam Apple iOS. Apa-apa perkara yang tidak boleh dilakukan secara default pada iPhone hampir semua boleh dilakukan selepas anda jailbreak.
Kalau korang mula-mula beli iPhone, device tu akan ada limit, contoh aplikasi yang korang boleh letak, and semuanya korang kena ambik dari iStore (sejenis aplikasi di iPhone tu, tempat untuk mendownload) tapi, kebanyakannya berbayar..

Selain tu, iPhone ialah sejenis peranti yang memerlukan default sim card,  atau lebih jelas lagi, time korang beli iPhone tu korang kena register sim card sekali kan?.. then, apabila korang mo tukar sim card, iPhone korang akan reject sim card tu.. mesti guna sim card yang korang register jugak.. Tapi Jailbreak boleh mengatasi masalah ni..



           Namun, nampaknya jailbreak ni bukannya benda yang senang, perlu cari software yang sesuai, ffffuu leceh gila.. Lagipun, time selepas aku jailbreak (aku habiskan satu malam untuk cari benda2 yang patut tau!) , ntah napa macam tiba2 datang kegilaan (dan aku time tu xtau pa2) aku try restore balik guna iTune (Sejenis Software yang di install dekat laptop, untuk synchronize file,lagu image etc, dan boleh jugak di gunakan untuk restore firmware).. and u know what?.. pufff.. iphone dah jadi iBrick (istilah yang di guna untuk memanggil iphone yang da xboleh di guna).. wargggh.. punya la takut..

           Tapi, aku cuba bertenang, usaha lagi balik... and untuk satu hari lagi aku figure untuk bagi baik balik, then akhirnya! da pulih.. Alhamdulillah.. tapi masalah belum habis di situ, nampaknya sim card da xboleh nak guna lagi dekat iphone tu.. T_T selepas tenangkan diri and fikir next step, sambil cari solusi di internet, akhirnya semuanya siap jugak, i'm glad!.. pic bawah ni gambar iPhone yang aku da jailbreak (belum banyak lagi aplikasi install, tapi yang penting da jailbreak and da boleh guna  sim card.. hoho )

 Di snap guna aku punya Samsung Corby 2 



Kalau korang tau serba serbi mengenai iPhone cuba tengok  firmware dia.

         Kesimpulannya, mau jailbreak memang senang sekiranya korang ada software yang betul, keberanian yang tinggi ( sebab ada risiko membuatkan iPhone korang xboleh nak di guna lagi! ) and yang paling penting, jangan putus asa!


p/s: aku bukanlah peminat iPhone, aku lebih berminat dengan Android.


p/s/s: semua fakta dalam entri ni aku celup dari blog-blog lain, and aku bukanlah expert dalam iPhone, so, kalau ada yang kurang, or x betul, bagitau aku k?